KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang daripada Perikatan Nasional (PN) Datuk Awang Hashim yang diarah keluar dan digantung empat hari, dibenarkan kembali ke sidang Dewan Rakyat kira-kira sejam kemudian selepas beliau memohon maaf.
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan itu selepas Awang mengganggu perjalanan dewan.
Kekecohan berlaku selepas Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) dan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) bangun meminta penjelasan berhubung usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said kerana ia tidak tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat.
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(j) itu adalah bagi membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta terima kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah.
Awang, yang masuk ke dalam dewan sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) membahaskan Usul Menjunjung Kasih dan Titah Diraja, kemudian meminta penjelasan daripada Johari mengenai hukuman yang dikenakan terhadap beliau.
"Apabila saya sebut sesuatu perkara, saya minta Pendang tarik balik, tidak mahu tarik balik... kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
"Anggaplah saya kawan tetapi bila saya mempengerusikan (mesyuarat Dewan Rakyat) kena hormat sedikit," kata Johari.
Bagaimanapun, Hamzah memohon kelonggaran supaya keputusan itu ditarik balik jika Awang memohon maaf dan menarik balik ucapan beliau.
Hamzah kemudian meminta Awang supaya tidak berterusan mempertikai perkara itu dan memohon maaf sebelum dipersetujui Johari.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberikan lampu hijau kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara yang melampaui batas ketika bersidang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Awang sebelum ini diarah keluar dewan dan digantung selama empat hari kerana mengganggu perjalanan dewan. - Bernama
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
MP Pendang mohon maaf, Speaker tarik balik penggantungan 4 hari
Ahli Parlimen Pendang daripada Perikatan Nasional (PN) Datuk Awang Hashim yang diarah keluar dan digantung empat hari, dibenarkan kembali ke sidang Dewan Rakyat.
Kenyataan fitnah: Anwar sekali lagi tuntut Ahli Parlimen Pendang mohon maaf
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memfailkan notis tuntutan terhadap Datuk Awang Solahuddin Hashim, menuntut Ahli Parlimen Pendang itu supaya membuat permohonan maaf tanpa syarat.